Monday 9 May 2011

melangkaui had kemampuan diri

Bayangkan, seorang rakan anda berkata, "Saya tidak akan pandai menggunakan Microsoft Word dan Excel. Saya terpaksa tulis atas kertas sahaja dengan pen dan pensil."

Atau seorang rakan lain yang berkata, "Mustahil saya boleh belajar bahasa Arab. Saya bukannya pandai sangat."

Ini sesuatu yang pelik misteri kerana sudah beratus juta orang belajar bahasa Arab dan mereka berjaya, dan, maka peratus kegagalan bagi orang yang baru hendak belajar bahasa ini adalah menghampiri sifar. Jika seseorang yang sihat sejahtera memberi cukup masa dan usaha, maka sudah tentu dia akan berjaya.

Kunci bagi masalah sebegini ialah bahagian yang kurang menarik untuk dibincangkan iaitu masa, usaha dan rasa takut. Kita tidak akan dapat belajar sesuatu atau mencipta sesuatu atau menghasilkan sesuatu yang bernilai kecuali kita memberikan diri kita masa, meletakkan satu usaha yang tinggi dan mengatasi rasa takut dalam diri kita. Tiada had semulajadi terhadap kebolehan semulajadi anda untuk buat apa sahaja yang melibatkan kreativiti dan idea. Sesuatu yang bersifat fizikal mungkin ada hadnya.

Sikap sebegini (iaini meletakkan had pada kebolehan diri) boleh mendatangkan masalah. Meletakkan had sebegini boleh menyekat kemajuan diri dan merugikan. Tiada siapa yang berhak dan boleh meletakkan had kebolehan diri ini kecuali diri anda sendiri. Anda perlu berani, rajin dan memberi cukup masa untuk berjaya dalam usaha anda. Mungkin ada yang pernah diajar supaya jangan paksa diri, namun jika seseorang itu mahu berjaya mereka perlu melangkau had diri mengatasi diri mereka yang sebelum ini untuk menjadi orang yang lebih kuat dan berjaya. Seperti kata Saidina Ali karamallahu wajhah: jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Tidak berusaha secukupnya adalah satu jenayah.

No comments:

Post a Comment